Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Study @ UTHM October 2021 Intake

International Student Admission

Closing date:
Postgraduate(Int.) -16th August 2021
Undergraduate(Int.)- 31st August 2021

Sustainable Technology and Transportation

Malaysia Technical University Network (MTUN)

Watch us at UTHM TV Youtube Channel

  • UTHM prihatin, sumbang 3 tan pakaian terpakai untuk masyarakat Orang Asli negeri Perak

    BATU PAHAT, 1 Mei 2021 - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Research Center for Unmanned Vehicle, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan menzahirkan keprihatinan mereka dengan menyampaikan sumbangan tiga tan pakaian terpakai untuk masyarakat Orang Asli negeri Perak. Sumbangan dengan kerjasama Pejabat Pelajar Tanpa Asrama, Pusat Dobi Al Hijrah serta Pertubuhan Kaum Dessit Duanu iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Orang Asli Suku Kaum Kuala ini disampaikan terus kepada Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak, Tuan Harulnizam Abd Rahman. Menurut Pengerusi Pertubuhan Dessit Duanu, Dr. Mohammad Zulafif Rahim yang juga merupakan pensyarah UTHM, pakaian terpakai itu merupakan sumbangan masyarakat setempat dan pensyarah UTHM dalam usaha membantu menyediakan keperluan asas kepada masyarakat Orang Asli negeri terbabit. “Usaha ini […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

    Read more

  • Atlet Futsal UTHM sertai kem latihan, persiapan untuk ke SAT International Futsal Championshi

    Oleh Mohd Hazrin Abd Rahman BATU PAHAT - Atlet Futsal Lelaki Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Alif Mat Amin berjaya terpilih untuk sertai Kem Latihan Pasukan Futsal Kebangsaan yang bermula pada 19 April lalu hingga 17 Mei 2021 ini di Arena Futsal FAM, Wisma FAM, Kelana Jaya. Kem latihan pusat selama empat minggu yang disertai 22 pemain yang dipanggil ketua jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong ini diadakan sebagai persiapan menghadapi kejohanan jemputan SAT International Futsal Championship dari 22 hingga 27 Mei 2021 di Bangkok, Thailand. Menariknya, Alif merupakan satu-satunya pemain daripada institut pengajian tinggi (IPT) yang dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan pada kejohanan ini. Pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan ini menjadi tunjang utama Pasukan Futsal UTHM ARMADA […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

    Read more

  • UTHM terima sumbangan RM40 ribu daripada Pro-Canselor, Tunku Mahkota Johor

    BATU PAHAT, 10 Mei – Ketika penularan COVID-19 memasuki gelombang ketiga melanda negara, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima sumbangan peribadi berjumlah RM40 ribu daripada DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba. Tunku Ismail yang juga merupakan Pro Canselor UTHM mengurniakan sumbangan tersebut bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh para pelajar universiti ini yang akan menyambut Aidilfitri di kampus Induk Parit Raja dan Kampus Cawangan Pagoh. Sumbangan disampaikan oleh Tuan Syed Umar Syed Abdul Rahman, Setiausaha Sulit kepada TMJ kepada Profesor Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly, Naib Canselor UTHM bertempat di Perpustakaan Tunku Tun Aminah, kampus induk. Datuk Wahid mewakili warga universiti merafak sembah merakamkan setinggi-tinggi ucapan menjunjung kasih […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

    Read more

  • UTHM Kampus Pagoh kumpul 939 kg bahan kitar semula sempena Earth Awareness Month 2021

    PAGOH - Sempena berlangsungnya kempen “Earth Awareness Month 2021” anjuran Pejabat Kampus Lestari pada April lalu, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Cawangan Pagoh telah berjaya mengumpul 939 kilogram (kg) bahan kitar semula hasil kerjasama seluruh warganya. Aktiviti sempena Hari Kitar Semula@UTHM yang dilaksanakan dengan kerjasama SWM Environment Sdn. Bhd. ini berjaya mengumpul bahan seperti 368 kg kertas, 203 kg besi dan 113 kg plastik pada 8 April lalu. Pengarah Program, Ts. Dr. Roslinda Ali berkata program ini merupakan kali pertama diadakan di UTHM Kampus Pagoh sejak pengoperasiannya pada 2017. “Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dan mereka amat mengalu-alukan program sebegini untuk dilaksanakan secara berkala. “Ini secara tidak langsung dapat mendidik warga hab keseluruhannya untuk mempraktikkan amalan […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

    Read more

  • UTHM hantar pulang lebih 3000 pelajar berhari raya

    BATU PAHAT, 9 Mei 2021 – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menghantar pulang secara berperingkat lebih 3000 pelajarnya yang berada di kampus Parit Raja dan Pagoh ke kampung halaman masing-masing untuk berhari raya. Menurut Naib Canselor, Profesor Datuk Ts  Dr. Wahid Razzaly proses penghantaran pelajar yang bermula pada 7 hingga 10 Mei ini melibatkan enam zon iaitu zon selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan), zon tengah 1 (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor), zon tengah 2 (Perak), zon timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan), zon utara (Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) dan zon Sabah (lapangan terbang). “UTHM menggunakan perkhidmatan 36 bas, satu van dan satu kereta bagi menghantar mereka pulang sempena cuti hari raya Aidilfitri ini. “Pihak kami melalui Pejabat Hal […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

    Read more

  • Kelab Planateers UTHM tingkatkan kesedaran generasi muda pulihara hidupan liar

    BATU PAHAT – Kelab Planeteers, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) meningkatkan kesedaran generasi muda untuk memelihara dan memulihara hidupan liar melalui penganjuran Program Webinar Hidupan Liar peringkat kebangsaan Siri 1 iaitu ‘Bicara Planeteers 2021’ pada 28 April lalu bersempena sambutan Bulan Bumi. Pelbagai isu yang dibincangkan dalam webinar ini antaranya jenis hidupan liar yang terancam, peranan kawasan perlindungan hidupan liar Malaysia, peranan generasi muda ke arah pemuliharaan hidupan liar, Jenis-jenis kempen yang sesuai dilaksanakan di peringkat akar umbi, kesan memelihara hidupan liar sebagai binatang peliharaan dan permulaan penerapan sistem pendidikan pemuliharaan hidupan liar di peringkat pra sekolah. Webinar ini melibatkan penyertaan 400 peserta dari pelbagai institusi antaranya selain UTHM, Maktab Rendah Sains Mara Pangkalan Chepa, Kelantan, SK Tunku Mahmood […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

    Read more

  • Dr. Nur Sofurah diiktiraf Jurulatih Kualitatif Bertauliah Malaysia

    BATU PAHAT -  Setelah berkecimpung dalam dunia kualitatif sejak tahun 2009 dan menjadi tenaga pengajar, penyelia, pembimbing dan penilai penyelidikan kualitatif hampir 10 tahun, Dr. Nur Sofurah Mohd Faiz, 42 Pensyarah Kanan di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah diiktiraf sebagai Jurulatih Kualitatif Bertauliah Malaysia oleh Persatuan Penyelidikan Kualitatif Malaysia (QRAM). Nur Sofurah juga merupakan ketua penyelidik utama dalam bidang nic pengantarabangsaan dan penyelidikan kualitatif di Pusat Penyelidikan Sustainable Professional Education for Excellent Development (SPEED) dan merupakan pengasas kepada Siri Kolokium Penyelidikan Kualitatif iaitu Qualitative Research Colloquium Series (QRCS) yang menyediakan platform kepada penyelidik-penyelidik kualitatif novis di Malaysia untuk mendalami ilmu kualitatif secara teori dan praktikal. Sepanjang pengalamannya, Nur Sofurah telah terlibat dalam beberapa reka bentuk utama kualitatif termasuk kajian kes (tunggal dan pelbagai), etnografi, […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

    Read more

  • Lailatul Qadar menurut al-Quran dan Sains

    Lailatul Qadar adalah malam kemuliaan yang Allah SWT hadiahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Malam teragung ini hanya akan berlaku pada salah satu malam di dalam bulan Ramadan. Peristiwa besar ini telah dirakamkan oleh Allah SWT menerusi surah al-Qadr ayat 1 sehingga ayat 5 sebagai bukti kebenarannya. Firman Allah SWT yang bermaksud “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. Allah SWT yang maha berkuasa lagi maha bijaksana telah merahsiakan […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

    Read more

  • Dua Atlet UTHM terpilih mewakili Pasukan Futsal KPT-PST Mustang MPFL 2021

    Oleh Mohd Hazrin Abd Rahman BATU PAHAT - Dua atlet Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) iaitu Muhammad Arif Ruslan dan Eazlan Syaqirin Che Azid telah terpilih mewakili Pasukan Futsal KPT-PST Mustang bagi menyertai Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2021 yang akan berlangsung pada 5 Jun hingga 15 Ogos akan datang. Sebelum itu mereka telah mengikuti sesi pemilihan yang telah diadakan di Arena UPSI, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada 22 hingga 28 Mac 2021. Ini membuktikan Pusat Sukan Universiti (PSU) sentiasa komited dalam membangunkan bakat pelajar dalam bidang sukan ke peringkat yang tertinggi. Pelbagai usaha telah dilakukan antaranya menyediakan penyelaras pasukan, jurulatih pasukan, pengurus pasukan, fasiliti, kemudahan, peralatan, seminar, kursus, latihan, insentif dan kebajikan. PSU juga sentiasa menyokong […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

    Read more

    THE UNIVERSITY

    UTHM Main Campus

    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), 86400 Parit Raja, Batu Pahat  Johor, Malaysia
    Tel :+607 4537000 Email:

    UTHM Pagoh Campus

    Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, M 1, Jalan Panchor, 84600 Panchor, Johor, Malaysia
    Tel. : 06-9742001 / 2002 Fax.: 06-9742186

    © Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM ® 2020. All Rights Reserved. Best viewed with any modern web browsers with resolution of 1280x1024. This website is bound by the Copyright Notice mentioned.

    • Last Modified: Wednesday 05 May 2021, 15:23:53.
    QS 5 Stars Rated for Excellence